top of page

Takaful vs Insurance?
Kali ini saya akan menerangkan kepada anda supaya anda dapat lebih memahami dengan lebih mudah tentang perbezaan kedua-dua ini.
Sebenarnya Takaful dan Insurance ini boleh dikatakan mempunyai konsep yang sama iaitu melindungi kepada pencarum atau pemegangnya. Tetapi yang membezakan antara kedua-dua ini adalah dari segi syariah iaitu Takaful lebih terjamin kepada kesucianNya manakala tidak kepada Insurance.


Takaful
Di dalam Takaful, pemegang-pemegang sijil akan menyumbang kepada tabung takaful ataupun dikenali sebagai "TABBARUQ". Dana hasil dari sumbangan tersebut akan di simpan dan digunakan sekiranya ada ahli takaful lain yang memerlukan. Secara amnya, konsep Takaful itu sendiri mempnyai konsep derma serta tolong menolong kepada penyumbang takaful.
Selain itu, takaful juga mementingkan kepada konsep kesamarataan dan keadilan dimana takaful tidak akan mengambil semua pendapatan daripada pelaburan.
Konsep takaful dapat difahami dengan:
-
Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful. Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.
-
Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.
-
Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.
-
Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.
-
Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.
-
Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.
-
Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar, jadi kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.
-
Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.
KONVENSIONAL INSURANCE
Seperti sedia maklum yang konvensional insurance ini adalah tidak mematuhi dari segi shariah dari segi pembahagiannya kerana sumber kewangan bagi insurance ini adalah tidak jelas. Jadi sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan untuk kita memilih kepada Takaful seterusnya menjadi hamba yang taat kepada perintahNya.
Daripada gambarajah diatas, konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point di bawah:
-
Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.
-
Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai. Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan samada halal atau tidak ditolak tepi.
-
Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.
-
Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang diambil.
KEPENTINGAN MENGAMBIL PELAN TAKAFUL BERBANDING INSURAN KONVENSIONAL
Sebagai orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.
Disebabkan segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana syarikat insuran yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tidak patuh syariah, pemegang polisi insuran konvensional secara automatiknya dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang tidak patuh syariah ini.
Bukankah kita dah menyusahkan diri dengan berbuat demikian?
Bayangkan. Anda berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tidak melakukan apa-apa yang melanggar syariat untuk mencari pendapatan, tetapi bila sakit, manfaat perubatan yang anda dapat datang daripada sumber yang anda cuba elakkan ini.
Lebih teruk lagi, sekiranya anda meninggal dunia nanti, pampasan nyawa anda datang daripada sumber yang tidak diberkati dan pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak anda untuk meneruskan hidup. Tidakkah anda merasa bersalah dengan hakikat ini?
Oleh itu, sekiranya anda masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi takaful sekarang.



bottom of page